Friday, 15 July 2011

Renungan Bersama...

Saidina Ali karamallah berkata :

Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam…
Terpedaya lah orang yang hari ini sama seperti semalam…
Dan celakalah orang yang hari ini lebih buruk dari semalam… (Na'uzubillah)

Berkata imam Ghazali rahimallah hu taala…

Yang paling jauh bukan nya bintang, mentari,  pun bukan jua rembulan…
Tetapi adalah masa yang berlalu dan tidak akan kembali…
Kelmarin yang luput menjadi secangkir kenangan…
Semalam yang terluput mengukir sesalan…
Yang ada hanya hari ini dan akan datang…

Gunakalah hari ini dengan sebaiknya kerana esok belum tentu milik kita
Sedangkan semalam telah pergi buat selamanya…


Renungan :

kalau kita boleh menjangka bila umur berakhir, senang kita menghitung amal kan?..  tapi takdir Allah itu pasti dan ianya penuh rahsia.. indah sebenarnya rahsia Allah ni... banyak suprise menanti (kalau jalan yang dituju betul lah)

sebagai khalifah, kita dianugerahkan akal fikiran utk berfikir dan bersiap sedia menghadapi hari kemudian untuk menjana saham buat bekalan di akhirat...

Sedang Nabi selalu ingatkan pengikutnya bahawa selalu lah ingat benda yang selalu memotong kenikmatan dunia iaini MATI...

haaa... cara ni lah yang membuat kita berwaspada and ambil langkah berhati2 dalam setiap perlakuan.. secara tak langsung membantu kita menjana saham yang dimaksudkan...

Hidup kita dudunia mempengaruhi keadaan mati kita.. emm??? fikir2 kan...

Semoga kita semua tergolong dalam hamba-Nya yang dijemput dalam keadaan Husnul Khotimah bukan Su' ul Khotimah... 


Segmen ilmu :

Husnul Khotimah = mati dalam keadaan dan cara yang baik...
Su' ul Khotimah = sebalik nya dr Husnul Khotimah


Wassalam...

No comments:

Post a Comment