Wednesday, 28 December 2011



Assalamualaikum...

Bila WanDaz berkata melalui keyboard komputer..!!

Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Begitu cepat masa berselang
Tahun baru mengambil alihnya.

          Bukan lebah sebarang lebah
          Lebah bersarang dipohon jati
         Tinggallah kenangan tersemat indah,
          Tahun baru menjelma kini.


2012...

Bertambah umur baru...
Berubah aktiviti baru...
Bertambah ahli keluarga baru...
Berubah cara kehidupan baru...

Bertambah koleksi kenangan lama...
Berubah dari pemikiran lama...
Bertambah stok baju lama...
Berubah akaun kewangan lama...


Alhamdulillah dengan segala nikmat yang diberi... Sehingga kini nikmat-Nya masih kukecapi tanpa Dia meminta balasan... tapi aku masih lagi alpa dengan cara kehidupan yang aku rasakan dah selesa... Walhal..??

Hai.. berubahlah Lourie WanDaZ... Berubah..!!!

Pape pun... Selamat Menyambut Tahun Baru 2012 kepada mereka yang singgah membaca di halaman coretan saya ini.. Semoga tahun baru ini menjadikan kehidupan kita lebih bermakna dengan berpaksi di landasan yang benar... Amin..

Goodbye 2011... banyak kenangan manis bersama tahun ni... 2011 juga menyaksikan kematangan saya di EMKAY... Bersama warganya yang bermacam ragam dan kerenah...



Friday, 5 August 2011

Salam Ramadhan

Selamat Menyambut Ramadhan Kareem...

Kepada sahabat handai...

Ampun maaf dipinta atas segala kesalahan selama perkenalan kita...

Moga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang lepas...

Syukur diberi peluang dipertemukan Allah sekali lagi dengan bulan mulia ini...

Sama2 lah titipkan doa untuk persediaan diri dalam Tadarus Al-Quran...


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim…

Di hari yang mulia ini, kami hamba-Mu berkumpul dan berhimpun bagi menjayakan program Tagarus Al-Quran tahun ini. Kami bermohon pada-Mu Ya Allah, Engkau berkatilah majlis ini dan Engkau jadikanlah is sebagai amalan yang mendapat ganjaran pahala-Mu

Ya Allah Ya Fattah YA Rahim,

Engkau rahmatilah kami dengan kemuliaan Al-Quran, jadikanlah ia sebagai panduan hidup kami dan kuriniakanlah kepada kami kelazatan membacanya siang dan malam.

Ya Allah Ya Tuhan KAmi,

Hiasilah diri  kami dengan perhiasan Al-Quran, muliakan lah kami dengan kemuliaan Al-Quran, pakaikanlah kami dengan pakaian Al-Quran dan masukkanlah kami ke dalam syurga-Mu dengan syafaat Al-quran…

Ya Allah Ya Zajalla liwal ikram

Engkau berkatilah perhimpunan kami ini dan rahmatilah perpisahan kami selepas ini. Sesungguhnya Engkaulah yang maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang..

Rabbana atina fid dunya hasanah.. wafil ahirati hasanah waqina aza banner..
Wassallah hualaihi saidina muhammadi wa’ala alihi wasahbihi wasalam.. 
Wal hamdulillah hirabbil alamain…    



Selamat Bertadarus... kalau tak sempat habiskan 30 juzuk pun takpe.. kuantiti tak penting yang penting kualiti... sambil tu hayati maksud intipati Al-quran itu untuk mendalami islam...

Peringatan untuk diri sendiri yang lalai...

Wassalamu... jom join Geng Mengaji kat surau Level 19 MMK, lunch hour setiap hari...

Friday, 15 July 2011

Renungan Bersama...

Saidina Ali karamallah berkata :

Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam…
Terpedaya lah orang yang hari ini sama seperti semalam…
Dan celakalah orang yang hari ini lebih buruk dari semalam… (Na'uzubillah)

Berkata imam Ghazali rahimallah hu taala…

Yang paling jauh bukan nya bintang, mentari,  pun bukan jua rembulan…
Tetapi adalah masa yang berlalu dan tidak akan kembali…
Kelmarin yang luput menjadi secangkir kenangan…
Semalam yang terluput mengukir sesalan…
Yang ada hanya hari ini dan akan datang…

Gunakalah hari ini dengan sebaiknya kerana esok belum tentu milik kita
Sedangkan semalam telah pergi buat selamanya…


Renungan :

kalau kita boleh menjangka bila umur berakhir, senang kita menghitung amal kan?..  tapi takdir Allah itu pasti dan ianya penuh rahsia.. indah sebenarnya rahsia Allah ni... banyak suprise menanti (kalau jalan yang dituju betul lah)

sebagai khalifah, kita dianugerahkan akal fikiran utk berfikir dan bersiap sedia menghadapi hari kemudian untuk menjana saham buat bekalan di akhirat...

Sedang Nabi selalu ingatkan pengikutnya bahawa selalu lah ingat benda yang selalu memotong kenikmatan dunia iaini MATI...

haaa... cara ni lah yang membuat kita berwaspada and ambil langkah berhati2 dalam setiap perlakuan.. secara tak langsung membantu kita menjana saham yang dimaksudkan...

Hidup kita dudunia mempengaruhi keadaan mati kita.. emm??? fikir2 kan...

Semoga kita semua tergolong dalam hamba-Nya yang dijemput dalam keadaan Husnul Khotimah bukan Su' ul Khotimah... 


Segmen ilmu :

Husnul Khotimah = mati dalam keadaan dan cara yang baik...
Su' ul Khotimah = sebalik nya dr Husnul Khotimah


Wassalam...

Wednesday, 6 July 2011

Kamcing?

Kamcing?...

apa makna perkataan ni?.. kalau ikut pemahaman bahasa melayu saya, ianya membawa erti "rapat" atau "sgt baik" ngan seseorang.. maksudnya segala suka, duka, pahit, manis dikongsi bersama lah kan?..

tapi kalau sebelah pihak je yang kata dia "kamcing" ngan somebody tu sedangkan sebelah pihak lagi tak kata apa?.. apa lak maksudnya tu?.. emmm.. maybe perkataan perasan lagi sesuai kot utk menggambarkan situasi ni... apapun terpulang pada persepsi masing2...

maybe pendekatan untuk mendekatkan diri pada 'seseorang' tu yang salah.. maksudnya.. cara nya salah.. banyak orang banyak ragam.. lain orang lain cara pendekatannya.. stuju?...

aduh.. pening2..

dunia zaman sekarang ni banyak sangat dah terbalik..

Moga saya dan rakan-rakan sekalian terhindar dari sifat ni...
Pada Mu jua ya Allah aku mohon perlindungan..

Thursday, 30 June 2011

Semalam hanyalah kenangan, esok membawa perubahan...

Semalam?...
semua tinggal kenangan.. indah?.. manis?.. pahit?..
tepuk dada tanya selera... kita yg cipta kenangan tu sendiri.. jangan saling menyalah...

Hari ni?...
sedang dilalui dan masih menanti... supaya berjalan lancar mengikut panduan tepat...

Esok?...
pastikan lebih baik dari semalam... perbaiki mana yang cacat...
lebih baik mengelak dari membaiki..